Obor-Obor Berbahaya Muncul Di Pantai Terengganu

obor-obor berbahaya muncul di pantai terengganu

 

Korang ada rancangan nak pergi mandi pantai dalam masa terdekat? Kalau ada, mungkin korang kena take note berita ni.

Baru-baru ini, Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah menemui sejenis obor-obor terdampar di Pantai Pulau Kekabu, Marang, Terengganu. Obor-obor tersebut dikatakan sangat berbahaya kerana masih belum ada antivenom yang boleh merawat sengatan haiwan itu.

Menurut Pengarah Perikanan Terenggany, Zawawi Ali, obor-obor tersebut sejenis haiwan beracun dan dikenali sebagai Portuguese Man O’ War (physalia cnidaria).

"Physalia adalah haiwan yang dikategorikan dalam filum cnidaria bersama-sama obor-obor di mana ia tidak boleh berenang dan bergantung kepada arus.

"Haiwan ini mempunyai ribuan sel penyengat yang boleh menyebabkan rasa sakit melampau jika terkena pada badan," katanya.

Jadi, kalau korang nampak haiwan jenis ini di pesisir pantai, jangan sesekali sentuh dan jauhkan diri korang. Sebolehnya elakkan daripada berenang di kawasan yang terdapat obor-obor itu.

"Sama seperti obor-obor biasa, elakkan diri daripada terkena pada badan kerana ia akan menyebabkan kegatalan.

"Setakat ini tiada antivenom untuk merawat bisa yang disebabkan sengatan physalia.

"Rawatan yang ada adalah berbentuk ubat penahan sakit dan melegakan simptom," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Kebiasannya haiwan tersebut biasanya ditemui di Lautan Pasifik. Namun, ianya mula dikesan di perairan Thailand, Kuantan, Pulau Tioman dan Sabah. Jadi, seandainya haiwan tersebut ditemui di Marang dan Setiu ini bermakna haiwan beracun itu turut ada di perairan Kuala Terengganu.

Sumber: Sinar Harian