‘Tidak Mengapa Jika Kelihatan Nedim Bersama Wanita Lain, Perceraian Ini Permintaan Saya’ - Nora Danish

Pelakon Nora Danish akui tidak kisah jika bekas suaminya, Mohamed Nedim Nazri ingin bermain cinta dengan wanita lain. 

Menurutnya, perceraian yang berlaku adalah atas permintaanya sekaligus dia tidak mempunyai sebab untuk berasa cemburu jika Nedim bersama wanita lain. 

“Tidak mengapa jika kelihatan dia bersama wanita lain kerana perceraian ini adalah atas permintaan saya,” katanya.

Hal ini dijawab sendiri oleh Nora Danish berkenaan soalan yang diajukan kepadanya berkaitan bekas suaminya. 

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran dalam Instagram Story agar semua pihak tidak lagi mencetuskan sebarang spekulasi membabitkan kehidupan mereka.

Sumber: Kosmo