Nor Hidayah Dakwa Diri Terkena Sihir Sejak Suami Meninggal Dunia

Balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah mendakwa dirinya terkena perbuatan sihir sejak suaminya meninggal dunia.

nor hidayah dakwa diri terkena sihir sejak suami meninggal dunia

Menerusi perkongsian di Instagam, Hidayah atau nama sebenarnya Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 31, berkata perbuatan sihir itu turut terkena kepada anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4.

 

“Saya terkena sihir sejak suami meninggal sehingga sekarang.

“Saya minta tolong kepada sesiapa yang kenal pakar perubatan Islam, ustaz atau sesiapa yang ada kepandaian merawat penyakit mistik di sihir.

“Tolong bantu rawat penyakit saya dan Hamzah yang terkena sihir,” rayu Hidayah.

 

 

Hantaran itu jelas mendapat perhatian ramai yang mencadangkan beberapa pakar selain alternatif dalam merawat masalah yang dihadapi beliau.

nor hidayah dakwa diri terkena sihir sejak suami meninggal dunia

Terdahulu, Hidayah telah menjadi isteri kepada Allahyarham Abam pada 2017. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usianya 32 tahun.

 

Sumber: Instagram Hidayah