Industri hiburan tanah air sebelum ini telah dikejutkan dengan penceraian pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil, yang sah bercerai talak satu pada Ogos lalu selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun sebulan kemudian, pasangan ini kembali rujuk semula dan kini dilihat sering meluangkan masa bersama, menerusi beberapa perkongsian di media sosial.
“Swipe to see @faridkamilz ajuk-ajuk kita jadi influencer 😝,” tulis Diana pada ruangan kapsyen.
Perkongsian terbaharu itu mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan.
Namun ada satu komen yang menulis mendakwa terlihat bentuk perut atau baby bump pada selebriti itu, menunjukkan dia sedang berbadan dua.
“Kita nampak baby bump la,” tulis individu dengan nama akaun @cakerakukis.
Diana bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan berkata beliau tidak hamil ketika ini.
Untuk info, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Sumber: Instagram / Murai