‘Saya Tak Anggap Keluar Dari The Gadys Sebagai Keputusan Yang Tepat’ - Nelissa Nizam

Pelakon dan penyanyi, Nelissa Nizam berpendapat insiden vokal lari yang menimpa kumpulan The Gadys adalah sebagai satu loncatan untuk orang ramai mengenali mereka. 

Menurut Nelissa, setiap perkara yang berlaku pasti akan ada sebabnya tersendiri. 

Dalam pada itu, Nelissa juga menolak dakwaan yang dia berasa lega kejadian itu berlaku selepas pengundurannya daripada kumpulan tersebut.

‘saya tak anggap keluar dari the gadys sebagai keputusan yang tepat’ - nelissa nizam

“Saya tidak fikir pengunduran daripada kumpulan itu sebagai satu keputusan tepat kerana bagi saya anggap itu rezeki masing-masing.

“Kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku kerana segalanya di luar kawalan. Pada saya ini rezeki mereka dan peluang untuk lebih dikenali.

“Perkara itu juga membuatkan mereka lebih memantapkan diri dengan menghadiri kelas vokal dan menjadi lebih baik,” katanya. 

Nelissa juga turut menitipkan doa dan berharap agar kumpulan tersebut akan terus berjaya dalam industri hiburan tanah air.

Sumber: Kosmo