“Taylor Popular Tapi Lagu Dia Tak Melekat” - Penyanyi Senior Neil Tennant Soal Kejayaan Taylor Swift

Penyanyi terkenal Taylor Swift yang laris secara global dengan peluncuran diskografi baharunya, The Tortured Poets Department ​​​(TTPD) rupanya tidak disenangis sebilangan artis senior dengan kejayaan yang dilimikinya. 

Menurut penyanyi senior England, Neil Tennant akui dia tidak merasakan yang Taylor adalah seorang penyanyi yang berkualiti. 

“Saya tidak nafikan yang dia (Taylor) seorang yang sangat popular di seluruh dunia.

“Bagaimanapun, dengan populariti yang diraihnya kadang-kadang saya tertanya-tanya, mana lagu-lagu popularnya yang kekal menjadi siulan hingga hari ini,” ujarnya. 

Bukan itu sahaja, Neil juga membandingkan kejayaan Taylor dengan legasi yang ditanggalkan lagenda Michael Jackson. 

“Mana lagu-lagu popular Taylor? Ada yang setanding dengan Billie Jean (nyanyian Michael Jackson)?” tanya Neil. 

Sebelum ini Taylor telah mencipta rekod menerusi album terbaharunya, TTPD yang meraih jumlah penstriman paling pantas mencecah satu bilion dalam tempoh kurang seminggu pelancaran.

Sumber: Kosmo