‘Kami Selesa Begini’ - Neelofa Dan Haris Akan Tetap Kaburkan Muka Anak Di Media Sosial

Tidak akan mendedahkan wajah anak di media sosial, pasangan Neelofa dan Haris Ismail kini selesa dengan tindakan mereka itu. 

Menurut Haris, dia dan isteri tidak ada rancangan untuk menunjukkan wajah anak mereka terutamanya di media sosial buat masa sekarang namun tidak menafikan jika wajah anak-anaknya akan diketahui umum apabila mereka sudah bersekolah nanti. 

“Macam mana pun, kita akan hantar dia ke sekolah dan ramai juga orang akan tengok. Cuma kami tidak tonjolkan wajah mereka di sosial media.

“Pada saya kami selesa dengan cara begini. Kalau ada mereka yang ingin lihat, pada mereka akan nampak juga,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

 

Dalam pada itu, Neelofa juga turut bersetuju dengan tindakan mengaburi wajah anak mereka di dalam media sosial .

“Saya selesa begini. Bahkan saya juga gembira tidak mempamerkan wajah mereka.

“Biarpun ada orang yang sudah melihat wajah Bilal (anak pertama), tetapi saya tetap kaburkan gambar mereka, saya suka begitu,” tambahnya.

Sumber: Kosmo