Nadia Brian Tak Tolak Andai Jodoh Dengan Duda, “Tak Nak Suami Orang Sebab..”

Pelakon, Nadia Brian tidak menolak andai dirinya berjodohan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin mahupun mempunyai cahaya mata.

nadia brian tak tolak andai jodoh dengan duda, “tak nak suami orang sebab..”

Menurut pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, beliau bagaimanapun mahukan lelaki yang bujang kerana enggan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga wanita lain.

 

“Kalau boleh nak yang memahami dan ada persefahaman, kalau boleh tak nak suami orang kerana saya tak nak jadi penyondol dan disondol.

“Saya tak nak timbul masalah di kemudian hari, saya nak dia jelaskan status dia, bujang atau suami orang.

“Tapi saya tak menolak andai dia duda atau ada anak, saya tak memilih, janji ada persefahaman,” kata Nadia.

 

Tambah Nadia lagi, beliau akui kini masih solo dan hatinya masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki.

nadia brian tak tolak andai jodoh dengan duda, “tak nak suami orang sebab..”

Enggan meletakkan harapan kepada mana-mana lelaki yang cuba mendekati, Nadia juga turut meminta orang ramai mendoakan jodoh yang baik buat dirinya nanti.

 

Saya kalau bekawan dengan lelaki akan maklumkan yang kami sekadar berkawan sahaja. Takkan saya nak terus jalinkan hubungan. Saya pun taknak hubungan yang lepas terjadi lagi.

“Saya akan pastikan kami berkawan dulu, kalau ada jodoh atau apa pun saya tak tahu, tapi sekarang ni masih belum ada yang serius lagi.

“Tak adalah serik berkahwin, masih lagi mencari bukan memilih. Saya mungkin terlalu sibuk jadi sampai tak sempat nak dating atau berjumpa.

“Mungkin selepas selesai kerja atau tidak sibuk, Insya-Allah doakan saya berjumpa jodoh dengan baik,” katanya lagi.

 

Untuk info, Nadia pernah berkahwin dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun hubungan mereka tidak berkekalan dan akhirnya bercerai pada April 2021.

 

Sumber: Mstar