My Sejahtera Mampu Jadi Super App!

MySejahtera antara aplikasi yang penting dan perlu ada bagi setiap rakyat Malaysia ketika ini. 
 
Semua pun tahu fungsi MySejahtera antaranya untuk scan kod QR setiap kali sebelum masuk kedai, bantu KKM pantau pesakit Covid-19 yang dikuarantin dan terbaru, pendaftaran vaksinasi Covid-19. 

my sejahtera mampu jadi super app!
Kiranya kalau takde MySejahtera, memang susah la sikit nak bergerak ke mana-mana sekarang ni. 
 
Selain daripada fungsi-fungsi tadi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat lihat potensi aplikasi tersebut untuk jadi Super App
 
Super App ni maksudnya macam-macam lagi perkhidmatan boleh ditambah dalam aplikasi MySejahtera antaranya e-dagang, pendidikan dan kurier. 
 
Nampaknya, banyak benda kita boleh buat nanti menggunakan MySejahtera! 
 
Kalau nak tahu, MySejahtera kini digunakan oleh hampir 25 juta rakyat Malaysia tau!  

my sejahtera mampu jadi super app!
 
Ini menunjukkan betapa luas dan pentingnya aplikasi tersebut buat kita semua. 
 
Jadi, tak salah kalau lebih banyak perkhidmatan lain ditambah untuk memudahkan urusan pengguna. 
 
Apa yang baik dan bermanfaat untuk pengguna, kita sokong!


Oleh: Izzati Amir