Boleh Mohon i-Sinar Tanpa Kriteria Bermula 8 Mac 2021

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan ahlinya boleh membuat baharu bagi i-Sinar tanpa kriteria bermula Isnin hadapan, 8 Mac 2021.

boleh mohon i-sinar tanpa kriteria bermula 8 mac 2021
 
Permohonan ini adalah bertujuan meringankan beban ahlinya yang terjejas, namun tidak layak membuat permohonan i-Sinar pada fasa sebelum ini seperti yang telah ditetapkan pihak KWSP.

 
Bermula 8 Mac juga, ahli-ahli KWSP boleh membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah yang dimohon, maklumat perbankkan, alamat, nombor telefon serta cara pembayaran.

 
"Bagi mereka yang mempunyai RM100,000 ke bawah dalam Akaun 1, mereka mempunyai akses ke jumlah pengeluaran sehingga RM10,000, dan pembayaran akan berperingkat selama enam bulan dengan pembayaran pertama hingga RM5,000.
“Sementara itu, bagi mereka yang mempunyai lebih dari RM100,000 dalam Akaun 1, mereka mempunyai akses kepada 10% simpanan Akaun 1 mereka. Namun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah RM60,000, " kata KWSP dalam satu kenyataan.

boleh mohon i-sinar tanpa kriteria bermula 8 mac 2021

Untuk maklumat dan pertanyaan lebih lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000, talian hotline i-Sinar di 03-8922 4848 atau merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my

 
Sumber: @AstroRadioNews