Itu kisah tragis Mira seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Wanita Kajang selama 20 tahun akibat terlalu percayakan lelaki Nigeria yang juga teman lelakinya.
Mira ditangkap atas tuduhan bersubahat dan membunuh tanpa niat.
Menurut Mira, arwah anaknya itu dipukul oleh bapa dia dan kisah ini berlaku ketika Mira masih lagi mengandung anak lelakinya yang ketiga.
Kisahnya bermula apabila teman lelakinya naik berang dengan sikap arwah anaknya yang degil dan tidak mendengar cakap.
Pada hari kejadian, apabila teman lelakinya itu menolak anaknya yang berumur lima tahun dia terus pengsan dan telah dikejarkan ke hospital.
Tetapi selepas anaknya itu dimasukkan ke hospital, Mira telah mengikut teman lelakinya pergi ke Pulau Pinang, tinggal selama 3 hari di sana dan akhirnya ditangkap ketika perjalanan dari sana ke Kuala Lumpur.
Namun teman lelakinya berjaya melarikan diri dan tidak ditemui sampai ke hari ini.
Memandangkan kesan penderaan dalam badan terlalu banyak arwah anaknya tidak sedar diri selama tiga hari di hospital dan akhirnya meninggal dunia.
Mira yang masih mempunyai dua orang anak lelaki yang lahir untuk teman lelakinya itu akan dibebaskan pada tahun 2030.
Tontoni cerita Mira di Astro Radio News Facebook page #KisahDiSebalikTiraiBesi: Episod 2