Elak Percintaan Di Set Penggambaran, Michael Ang Wajibkan Pelakon Tanda Tangan Kontrak Perjanjian

Baru-baru ini, penerbit tekenal Michael Ang berkata dia mahu mewajibkan pelakon di dalam produksinya untuk menandatangani kontrak perjanjian  agar tidak menjalin hubungan cinta di set penggambaran.

Hal ini selepas, isu cinta lokasi yang kini semakin hangat diperkatakan oleh media, selain tidak mahu membuang skeptikal sebagai gimik publisiti.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Okey, mulai hari ini, siapa-siapa pelakon lelaki atau perempuan dalam set saya kena tanda tangan kontrak yang mereka takkan bercinta kat set.

“Stress nak melayan panggilan media, lepas itu ada yang cakap nak buat pemasaran la, apa la. Yang bercinta dan berskandal itu mereka, bukan aku!

“Stress! Tutup sekejaplah hari ini. Suruh berlakon bukan bercinta!,” tulisnya di perkongsian di Instagram.

Michael juga berkata yang sepatutnya pengarah tidak harus dipersalahkan kalau pelakon menjalin cinta dalam produksi.

“Bukan salah saya kalau pelakon bercinta di set penggambaran. Saya hanya ajar berlakon, bukan suruh buat betul-betul,” katanya.

Perkongsiannya itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malah ramai juga selebriti tempatan yang memberi reaksi mereka tentang kontrak itu yang dianggap relevan bersandarkan situasi semasa.

 

Sumber: Kosmo