Melaka akan mula mewajibkan semula pemakaian pelitup muka jika kes jangkitan COVID-19 di negeri ini kembali meningkat.
Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka itu, Dr. Muhamad Akmal Saleh, pemantauan selama 14 hari akan dilakukan bermula hari ini sebelum SOP itu dilaksanakan.
“Pihak kerajaan negeri mengambil maklum dan memandang serius dengan pertambahan bilangan kes Covid-19 di seluruh dunia.
“Kami akan memantau dalam tempoh dua minggu ini dan jika penularan kes meningkat naik, kita tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasakan semula pemakaian pelitup muka di tempat tertutup dan orang ramai,” katanya.
Beliau turut memohon orang ramai termasuk pelancong yang datang ke negeri ini untuk memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan awal.
Sumber: Kosmo!