Meerqeen Tiada Masa Nak Layan Drama Sarah Yasmine

Namanya juga terpalit dalam isu Sarah Yasmine, pelakon Meerqeen akui lebih selesa untuk menumpukan perhatian terhadap kerjayanya. 

Menurut Meerqeen, dia kini sedang sibuk dengan beberapa penggambaran filem yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. 

“Saya tiada apa yang mahu dikatakan ketika ini kerana semua yang datang ke sini adalah untuk filem terbaharu saya. 

“Saya pun mahu fokus pada kerja, lebih-lebih lagi filem baharu nak keluar dalam masa terdekat,” katanya. 

Bukan itu sahaja, Meerqeen juga tidak mahu fikir mengenai kontroversi yang dicetus oleh Sarah Yasmine dan kini hanya mahu lebih fokus kepada kerja. 

“Tiada komen mengenai ini, anda pun boleh nampak saya makan dengan gembira.

“Sejujurnya saya tidak mengikuti perkara yang sedang berlaku sekarang sebab sibuk menjalani penggambaran drama yang agak ‘tegang’.

“Jadi sekarang saya cuma mahu fokus terhadap kerja saya dan juga diri saya. Itu saja,” tambahnya. 

Sumber: Kosmo