Nama Dipetik Mengasari Kekasih, Akaun Media Sosial Saixse Diserbu Netizen

Nama penyanyi rap Saixse dipetik atas dakwaan melakukan aktiviti tidak bermoral dan mengasari kekasih, kini akaun sosial medianya sudah diserbu komen oleh para netizen. 

“Parkir sekejap sementara tunggu ahli-ahli lain. Satu sahaja nak tanya, dulu awak penghantar makanan kan?,” tanya netizen.

“Ada khabar angin terpalit nama awak. Betulkah?,” tanya pengikut.

Dia dah lama rancang dalam lagu, kita sahaja yang lalai,” kata netizen lain.

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial mendedahkan aktiviti penyanyi muda yang dikatakan sering melanggan pelacur, telah menghamilkan seorang wanita dan memukul kekasih.

Namun hingga kini, Saixse masih belum memberikan respons terhadap kontroversi yang menjatuhkan namanya.

Sumber: Kosmo