Maya Karin Impi Watak ‘Mahsuri’ Arahan Syamsul Yusof

Pelakon berkaliber, Maya Karin melahirkan hasrat untuk memegang watak lagenda, Mahsuri sekiranya suatu hari nanti ia dijadikan filem.

maya karin impi watak ‘mahsuri’ arahan syamsul yusof

Menurut pemilik nama sebenar Maya Karin Roelcke, beliau sudah lama mengidamkan watak ikonik tersebut jika dijadikan filem.

 

“Kalau ada mana-mana produser yang sudi terjemahkan kisah Mahsuri dalam bentuk filem atau mungkin saya kena buat sendiri (ketawa).

“Sebenarnya, saya memang dah lama sangat teringin sangat nak buat Mahsuri. Kalau itu jadi kenyataan, memang sangat hebat. Kisah Mahsuri sangat menarik untuk difilemkan.

“So many layers (banyak lapisan cerita), betul tak betul termasuklah dongeng dan elemen sejarahnya. Kalau dapat difilemkan pada zaman sekarang, memang sangat-sangat mengujakan,” katanya kepada Kosmo! Online.

 

Beliau sebelum ini pernah berada di bawah arahan pengarah hebat, Syamsul Yusof dan tidak teragak-agak memilih nama itu semula untuk menterjemahkan hasratnya melihat Mahsuri difilemkan.

 

Syamsul Yusof kini meraih jolokan The 90 Million Dollar Man selepas filem arahannya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencatatkan kutipan RM96 juta lepas lebih sebulan ia ditayangkan di pawagam.

 

Terdahulu, kisah lagenda Mahsuri pernah beberapa kali difilemkan seperti yang pertama pada tahun 1959 dan seterusnya pada 1989.

 

 

Sumber: Kosmo!

ARTIKEL BERKAITAN