Maya Karin Akui Rapat Dengan Lelaki Perancis Tapi Belum Boleh ‘Declare’

Pelakon, Maya Karin mengakui kini sedang mengenali seseorang lelaki yang paling rapat dengannya yang berasal dari Perancis.

maya karin akui rapat dengan lelaki perancis tapi belum boleh ‘declare’

Menurut Maya, hubungan bersama lelaki itu masih belum ke fasa menuju perkahwinan, namun sedang menikmati waktu indah bersama-sama.

 

Katanya, buat masa ini tiada apa yang boleh dikongsikannya kerana mereka belum ‘declare’ apa-apa hubungan.

 

“Belum boleh ‘declare’ (isytiharkan hubungan). Bolehlah dikatakan dia teman yang cukup rapat. Sebab itu dia datang ke majlis pelancaran minyak wangi saya ini.

“Sebenarnya tiada apa pun nak dikongsi. Semua yang datang keluarga terdekat yang saya sayang dan orang yang sayangkan saya.

“Saya bertuah dapat sokongan kuat. Cuma masing-masing sibuk, kita tengok macam mana nanti,” katanya.

maya karin akui rapat dengan lelaki perancis tapi belum boleh ‘declare’

Mengulas lanjut mengenai lelaki itu, katanya dia adalah berusia awal 40-an, berdarah campuran dari pelbagai negara hingga pernah disangka berketurunan Arab.

 

“Cukuplah saya katakan kami berkenalan tahun lepas di sini, dia asal Perancis tetapi ada campuran keturunan sampai pergi ke restoran Arab pun orang di situ berbual dengannya dalam bahasa Arab.

“Keluarga tahu kami berkawan. Mereka pernah jumpa. Kebetulan pula sekarang tiada penggambaran macam sebelum ini saya di Perlis selama tiga bulan melunaskan tugas,” katanya lagi.

 

Beliau yang sudah 13 tahun berstatus solo selepas bercerai bagaimanapun enggan menaruh sebarang harapan. Katanya, meskipun sudah bersedia untuk kembali berumah tangga, dia lebih selepas untuk menjaga perasaan sendiri.

 

Maya juga tidak meletakkan usia sebagai ciri lelaki pilihan, namun paling utama teman hidupnya itu nanti perlu ada minat menggembara seperti dirinya.

 

Sumber: Kosmo!