Suami kepada penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL), Tiko Aryawardhana dipanggil semula ke Balai Polis Jakarta Selatan untuk memberi kenyataan berkaitan dakwaan penyelewengan wang syarikat usahasama dengan bekas isterinya.
Tiko ketika ditemui media juga turut meminta orang ramai untuk tidak membabitkan isterinya, BCL.
“Alhamdulillah sudah selesai beri keterangan. Saya ingin ingatkan ini masalah dengan bekas isteri saya. Tiada kaitan dengan BCL,” katanya.
Dalam pada itu, peguam mewakili Tiko iaitu Irfan Aghasar memaklumkan anak guamnya memberi kerjasama baik dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan berlangsung.
“Sekitar 40 hingga 50 soalan dan semuanya berkaitan dengan aliran dana syarikat.
“Kami harap keterangan ini menjadi bukti yang baru untuk membantah semua tuduhan dibuat,” jelasnya.
Sebelum ini, Tiko sebelum ini didakwa menggelapkan wang syarikat berjumlah RM1.7 juta yang dilakukan antara tahun 2015 hingga 2021.
Sumber: Kosmo