Malaysia Tangguh Sementara Peralihan Fasa ke Endemik

Susulan kemunculan varian baharu COVID-19 yang dikenali sebagai Omicron, Malaysia memutuskan untuk menangguh seketika (pause) rancangan untuk beralih kepada fasa endemik.

 

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 semalam, sehingga lebih banyak perincian dan maklumat diperoleh tentang varian baharu Omicron.

malaysia tangguh sementara peralihan fasa ke endemik

“Kita juga memahami bahawa Omicron sememangnya berisiko kerana ia boleh merebak dengan lebih mudah dan pantas namun ia masih boleh dikesan melalui ujian makmal sedia ada.

“Penting untuk saya maklumkan, buat masa ini juga, Mesyuarat Kuartet telah memutuskan untuk menangguhkan seketika (pause) usaha kita untuk beralih ke Fasa “Peralihan ke Endemik' sehingga kita mengetahui lebih lanjut tentang VOC Omicron,” kata beliau.

 

Ekoran itu juga, sempadan negara akan dikawal dengan lebih ketat supaya risiko kemasukan Omicron ke negara ini dapat dikurangkan.

 

Varian Omicron, merupakan varian terbaharu COVID-19 yang sedang menular di beberapa negara Afrika, dan maklumat awal mendapati ia mempunyai 32 jenis mutasi protein berbanding Delta (9 mutasi protein), menjadikan varian baharu itu mempunyai kadar kebolehjangkitan lebih tinggi.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN