COVID-19: Malaysia Catat Kes Kematian Harian Tertinggi Pada 18 Julai 2021

Malaysia telah mencatatkan kes kematian harian tertinggi akibat COVID-19 pada 18 Julai 2021, iaitu sebanyak 153 kes.

 

Daripada 153 kes tersebut,  82 kes di Selangor, 17 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Negeri Sembilan, 10 kes di Johor,  lapan (8) kes di Kedah, enam (6) kes di Pahang, lima (5) kes di Melaka, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Pulau Pinang, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta masing-masing satu (1) kes di Terengganu, Sarawak, Kelantan, Perak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

covid-19: malaysia catat kes kematian harian tertinggi pada 18 julai 2021

Daripada jumlah itu, sebanyak 24 kes kematian pula adalah Brought-In-Dead (BID). Perincian kes COVID-19 yang lain pula adalah seperti berikut:

  • Kes sembuh : 5,778 kes (784,949 kes kumulatif, 85.6%);
  • Kes baharu : 10,710  kes (916,561 kes kumulatif);
  • Kes import : 12 kes (6 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 10,698 kes [8,579 warganegara (80.2%);  2,119 bukan warganegara (19.8%)];
  • Kes aktif : 124,593 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):909 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 445 kes;
  • Kes kematian : 153 kes (7,019 kes kumulatif, 0.77%; 125 warganegara, 28 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,250 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,345 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 905 kluster.

Daripada 10,710 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 95 kes (0.9 peratus) adalah daripada  kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 45 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 91 kes (0.9 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 4,162 kes (38.9 peratus) kategori 2 (bergejala ringan) dan 6,317 kes (59.0 peratus) kategori 1 (tidak bergejala).

 

Tambah KKM lagi, hanya 2.1 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4 dan 5. Meskipun peratusan kes kategori  3 hingga kategori 5 tidak tinggi, namun harus diambil perhatian bahawa:

  • Kes kategori 5 – memerlukan purata tempoh jagaan di ICU selama 21 hari;
  • Kes kategori 4 – memerlukan purata tempoh jagaan di ICU selama 14 hari; dan
  • Kes kategori 3 – memerlukan penjagaan dan pemerhatian di hospital terutama bagi yang berisiko tinggi.

 

Tempoh masa yang lama diperlukan bagi kes-kes ini untuk diberi jagaan di wad dan ICU, justeru mengakibatkan kapasiti katil yang sememangnya terhad kian hari menjadi semakin penuh dan sesak. Ini secara tidak langsung akan terus membebankan sistem kesihatan terutamanya di ICU, hospital, dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

 

Sumber: KKM