Baru-baru ini, tular majlis pernikahan melibatkan dua pasangan selebriti, Sabri Yunus dan Angeline Tan pada 14 Oktober lalu di sebuah majlis tertutup di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis.
Pasangan yang cukup sinonim dengan siktom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini telah diraikan dalam satu majlis resepsi ringkas anjuran radio Gegar dan disiarkan secara langsung di Tiktok @gegar.my.
@gegar.my
Walimatul Urus, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Merisik sudah bertunang pun sudah, Nikah dilafaz sunnah diwarisi, Termeterai sudah janji bermadah, Majlis pernikahan kini dirai Sireh bertepuk, pinang menari, dua hati memaut janji, Salam bersahut kata bersambut, Hasrat terpaut, Dan dengan izin Illahi, kami mempersilakan Dato’/Datin/Tuan/Puan/ sama-sama sertai bagi menyerikan ikatan janji, izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati Sabri Yunus @sabriyunus & Angeline Tan @angelinetanyy Bertakhtakan adat berzaman, Bersendikan Sunnah Rasullullah S.A.W. Mendirikan istana kasih pertemuan dua hati di teratak kami, Pada hari, Selasa Jam 9 Pagi di TikTok LIVE GEGAR Bunga mawar kami taburi, Air mawar direnjis wangi, Berkembang kasih menabur budi, Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang merai, Terima kasih dari kami dan raja sehari.
♬ bunyi asal - ✍️ lirik lagu 🎶 Sis Ena
Lengkap dengan persalinan serba putih dan pelamin tersergam indah, pasangan merpati sejoli ini diraikan bersama di perkarangan konti Astro Radio dan dihadiri oleh rakan artis dan keluarga besar Astro Radio.
Turut kelihatan bersama adalah Datuk M Nasir dan Datin Marlia Musa dalam meraikan pasangan mempelai pada majlis resepsi gilang-gemilang ini hari ini, 17 Oktober 2023.
Warganet yang bersama-sama menyaksikan acara ini tidak putus memberikan ucapan tahniah kepada Sabri Yunus dan Angeline Tan atas perkahwinan yang dibina dan turut mendoakan agar ikatan tercipta berkekalan sampai hujung nyawa.