Pelakon jelita Liyana Jasmay dipuji orang ramai dengan kecantikan dan keyakinannya selepas berkongsi video sambil makan tanpa sebarang secalit solekan pada muka.
Menerusi video tersebut, Liyana menjelaskan yang dia tidak cukup tidur kerana sibuk menjalani penggambaran.
“Bila belum tidur lebih dari 16 jam. Dapat makan burger sedap, nak menangis! Semalam penat berlakon, kena rasuk, lebam kaki, telinga berdarah, mata kabur. Tapi alhamdulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur,” tulis Liyana dalam TikTok.
@ljoneandonly
bila belum tido lebih dari 16jam, dan dpt makan burger sedap ni nak nangis! semalam penat berlakon kena rasuk lebam kaki, darah telinga, mata kabur.. tapi alhamdulillah for everything.. Im so grateful🩷
♬ original sound - LiyanaJasmay
Videonya kemudian telah mendapat perhatian netizen di mana ramai yang memuji sifatnya yang begitu santai.
“Antara artis yang berani tampil tanpa solekan. Tidak menipu. Awak sungguh ‘authentic’ (tulen),” kata seorang pengikutnya.
“Saya nak beritahu awak sesuatu. Awak sungguh cantik walaupun tanpa solekan. Serius, sangat cantik! Sayang awak,” puji seorang peminatnya.
Sebelum ini, Liyana pernah dikecam kerana warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding sebelum ini.
Tidak mahu bertindak mengikut kemarahan, Liyana malah akui takut untuk melalui kesan sampingan sekiranya mengambil suntikan suplimen pemutihan kulit.
Sumber: Kosmo