Pelakon Datin Lisa Surihani kini sedang gigih bersenam dan mengamalkan intermittent fasting (IF) bukan sahaja untuk mendapatkan berat badan ideal bahkan, agar mampu melakukan ibadah dengan sempurna.
Menurut Lisa, selain untuk kekal sihat, dia juga tidak mahu menyusahkan anak-anak ketika hari tua kelak.
“Saya amalkan bersenam di gim sebanyak empat kali seminggu dan lakukan ‘intermittent fasting’ sejak sebulan lalu.
“Niat saya adalah untuk kekal sihat, bertenaga dan nanti apabila sudah berumur tidak menyusahkan anak-anak.
“Bila kita ada kekuatan, secara tidak langsung saya dapat jalankan ibadah dengan baik,” katanya.
Sumber: Kosmo