Berita baik untuk peminat bola jaring kerana Liga Super Bola Jaring akan kembali 3 Jun hingga 26 Jun ini!
8 pasukan yang beraksi pada edisi sulung sebelum ni akan kembali untuk berentap lagi musim ini.
Mereka adalah KL Wildcats, Johor Jewels, Selangor Angels, Perak Phoenix, Melaka Mystic, Negeri Sembilan Venom, Kedah Sunshine dan Pahang Tulip.
Aksi kali ini lebih mencabar tau sebab guna format baru liga sepusingan.
Maksudnya, setiap pasukan akan bertemu dan berentap dengan semua pasukan yang ada.
Haaa baru thrill!
Setiap pasukan yang bertanding ada menampilkan pemain kebangsaan, pemain muda dan ada juga pemain import.
Tahun lepas, KL Wildcats muncul juara selepas tewaskan Johor Jewels pada aksi final.
Mungkin ke KL Wildcats dapat ulangi kejayaan sama untuk musim ini? Atau Johor Jewels bangkit untuk balas dendam?
Sama-sama kita nantikan, okay!
Liga Super Bola Jaring ni antara medan terbaik untuk pemilihan pemain dan pemanas badan bagi menghadapi Kejohanan Bola Jaring Asia pada September sebelum kelayakan Kejohanan Dunia tahun depan.
Sesiapa yang berminat nak tengok live kat Stadium Juara, KL boleh dapatkan tiket di www.tickethotline.com.my
Kalau tak boleh tengok kat stadium, jangan risau sebab korang boleh tengok di Astro Arena atau aplikasi penstriman yang tengah hot sekarang ni, iaitu sooka.
Sooka juga penaja utama rasmi untuk edisi kali ni tau, sebab tu nama penuh kejohanan ni Sooka Netball Super League (NSL).
#rulethecourt
Oleh Izzati Amir