LHDN Lancar MyTax, Akses Maklumat Berkaitan Percukaian Dari Rumah Je Lepas Ni

lhdn lancar mytax, akses maklumat berkaitan percukaian dari rumah je lepas ni

LHDN telah melancarkan satu portal yang dikenali sebagai MyTax. Portal ini memudahkan pembayar cukai untuk mengakses maklumat mereka tanpa perlu ke pejabat. Dari rumah pun dah boleh akses maklumat anda.

Selain itu, MyTax ini juga boleh mengurangkan ketirisan serta meningkatkan kutipan hasil kepada negara.

Menurut Pngarah Jabatan Operasi Cukai, Datuk Adenan Che Semail, portal MyTax ini selamat dan mesra pengguna. Malah, portal ini membolehkan para pengguna mengakses semua produk di bawah LHDN.

"MyTax dicipta dengan mengutamakan perlindungan maklumat pembayar cukai dan penciptaan produk baharu LHDN ini adalah merupakan kebanggaan kami sebagai agensi pemungut cukai bagi kerajaan," katanya pada program disiarkan dalam Bernama TV.

Lepas ni, kalau korang nak semak maklumat transaksi lejar ke, status bayaran balik ke atay potongan cukai bulanan, korang akses je dekat MyTax. Cara ni juga boleh lah kita kurangkan risiko penyebaran COVID-19.

Senang!

Sumber: Astro Awani