Pintu Terkunci Automatik, Lelaki Terperangkap Dalam Bank di Melaka

Seorang lelaki panik selepas terperangkap dalam sebuah bank yang menempatkan mesin pengeluaran automatik (ATM) pada tengah malam Rabu di Cheng, Melaka.

pintu terkunci automatik, lelaki terperangkap dalam bank di melaka

Kejadian berlaku pada jam 12.41 malam selepas lelaki berusia 51 tahun itu cuba untuk membuat pengeluaran pada mesin berkenaan.

.

Namun secara tiba-tiba, pintu bank terkunci secara automatik, menyebabkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheng terpaksa dikejarkan ke lokasi kejadian.

.

Pihak bomba yang menerima panggilan kecemaran dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam.

.

"Sejurus tiba didapati seorang lelaki terperangkap di dalam sebuah bank yang menyediakan perkhidmatan ATM.

"Mangsa kemudian berjaya keluar dengan sendiri tanpa sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 1.06 pagi," kata Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd Norshah Saleh.

.

Mangsa yang terperangkap kira-kira 15 minit akhirnya berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan.

.

Insiden terkunci dalam bank ini bukanlah pertama kali berlaku kerana sebelum ini pernah juga terdapat beberapa individu yang mengalami kejadian serupa dan berjaya diselamatkan dengan bantuan pihak Bomba.

 

Sumber: [1]