Terima Banyak Kecaman, Ini Respon Penyanyi Lagu Tajuk ‘Eleh He Eleh’

Baru-baru ini, satu klip rakaman sebuah lagu menjadi tular selepas ia ditayangkan secara live kerana mempunyai lirik yang dikatakan sangat bersahaja.

 

@gadisanimoji Elehhh macam la dia sorang je ada kan? #Elehheleh #Timah #gegarvaganza9 #astrogempak ♬ Eleh He Eleh - Timah

 

Menurut warganet, lirik lagu itu dikatakan merosakkan industri muzik tanah air dengan korusnya sekadar ayat ‘Eleh he eleh eh eh eh eleh’, sehingga mendapat kecaman di media sosial.

terima banyak kecaman, ini respon penyanyi lagu tajuk ‘eleh he eleh’

Kecaman itu mendapat perhatian penyanyi lagu tersebut iaitu Fatimah Norryah Mohd Noor Kosygin atau lebih dikenali dengan nama Timah, yang kini berusia 14 tahun.

terima banyak kecaman, ini respon penyanyi lagu tajuk ‘eleh he eleh’

Kata Timah, beliau akui terkejut apabila mendapati video nyanyiannya pada Gegar Vaganza Live+ menjadi tular dan menerima kecaman daripada netizen.

 

Ujarnya, kecaman itu dilontarkan netizen kerana mereka berasa pelik dengan lirik seperti kebudak-budakan, tanpa menyedari penyanyi lagu itu juga baru berusia 14 tahun dan ia sesuai dengannya.

terima banyak kecaman, ini respon penyanyi lagu tajuk ‘eleh he eleh’

"Orang kecam sebab tajuk lagu itu pelik dan liriknya seperti kebudak-budakan. Sedangkan mereka tidak tahu saya baru berumur 14 tahun. Jadi rasanya ia sesuai untuk saya.

"Inilah pertama kali saya menerima kecaman. Memang terkejut dan pada awalnya agak sedikit kecewa. Bagaimanapun sekarang ini saya sudah tidak lagi ambil peduli.

"Janganlah buat saya begini. Saya masih muda lagi. Takut rasanya apabila menerima kecaman," katanya kepada mstar.

 

 

Bagaimanapun Timah menganggap kecaman ini adalah satu hikmah buatnya apabila dia kini mula dikenali ramai selepas lagu itu banyak digunakan sebagai latar muzik di media sosial.

 

Lagu Eleh He Eleh telah dilancarkan pada September lalu, ciptaan bersama Glow Rush, Nick Ariff, Acap Salim dan Faizal Tahir. Liriknya ditulis oleh Shah Shamsiri, Acap Salim, Glow Rush dan Nick Arif.

Sumber: mstar, Youtube