Hanya Lagi 1.6 Peratus Sebelum Dibenarkan Rentas Negeri

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hanya tinggal 1.6 peratus sahaja lagi sebelum kadar vaksinasi  populasi dewasa negara mencapai 90 peratus dan kelonggaran rentas negeri diberikan menurut Pelan Pemulihan Negara (PPN).

 

Setakat semalam, portal COVIDNOW merekodkan seramai 20.7 juta individu atau 88.4 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

hanya lagi 1.6 peratus sebelum dibenarkan rentas negeri

Sebanyak 94.5 peratus atau 22,117,595 populasi dewasa juga dilaporkan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

 

Bagi populasi keseluruhan, seramai 20,819,254 individu atau 63.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 dan 73.8 peratus atau 24,085,144 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

 

Bagi kategori remaja pula, seramai 120,402 atau 3.8 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

hanya lagi 1.6 peratus sebelum dibenarkan rentas negeri

Sumber: [1]