Kumpulan Umur Mana Paling Banyak Dijangkiti COVID-19?

Korang tau tak kumpulan umur mana paling tinggi dijangkiti COVID-19?

Dulu masa mula-mula pandemik ni terjadi paling ramai mendapat jangkitan golongan 50 tahun ke atas...warga emas...tapi sekarang trendnya nampak macam dah berubah.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), statistik sejak Januari menunjukkan individu berusia 20-an pulak yang paling ramai dijangkiti.

Jumlahnya melebihi 68,000 dan angka tertinggi rasanya dah boleh agak kan....ya KL ngan Selangor.

kumpulan umur mana paling banyak dijangkiti covid-19?

*foto hiasan 

Sebab apa ya? Mungkin kena tunggu kajian lebih dalam lagi daripada KKM atau pihak terlibat.

Kalau pada pendapat KJ mungkin sebab golongan umur 20-an ni banyak bergerak ke sana ke sini. Bekerja, belajar...atau bercuti? hmmm

Ni kira perubahan ketaralah berbanding tempoh sama tahun lepas. Tahun lepas individu berusia 50-an paling ramai dijangkiti virus COVID-19.

kumpulan umur mana paling banyak dijangkiti covid-19?

kumpulan umur mana paling banyak dijangkiti covid-19?

Fasa kedua Program Imunisasi CVID-19 dah nak mula tak lama lagi? Kalau korang golongan berisiko misalnya ada penyakit kritikal atau OKU cepat-cepatlah daftar.

Kalau ada family...mak abah, nenek atok yang perlu ditolong untuk daftar, tolonglah daftarkan mereka ya. Untuk COVID-19, sila pergi tak kembali. Cepat sikit.



Oleh: KJ
Sumber & foto: KKM, AWANI, Sinar Harian, Berita Harian, Kosmo, Utusan Malaysia & internet