Kucing Dijadikan Tebusan, Minta Wang RM6,000, ‘‘Pertama Kali Jadi Di Malaysia’’

Seekor kucing di Sarawak telah menjadi mangsa culik dan tebusan wang sebanyak RM6,000 kepada pemiliknya sekiranya mahu haiwan itu dikembalikan dengan selamat.

kucing dijadikan tebusan, minta wang rm6,000, ‘‘pertama kali jadi di malaysia’’

Kes jenayah penculikan melibatkan kucing dan wang tebusan ribuan ringgit seperti ini adalah dipercayai pertama kali seumpamanya belaku di negara ini.

 

Perkara itu didedahkan melalui laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia.

 

Menurut hantaran tersebut, kucing itu dilaporkan hilang pada 1 September lalu di Taman Kwn Ming, Kuching, Sarawak. Penculik dilaporkan mengugut untuk melemparkan kucing itu ke dalam sungai jika pemiliknya gagal membuat bayaran wang tebusan.

 

Pemilik kucing itu bagaimanapun tidak mempunyai wang sebanyak yang diminta oleh penculik dan hanya mampu menawarkan wang saguhati sebanyak RM200, namun ditolak oleh penculik kucing.

 

Satu laporan polis kemudiannya dibuat di Balai Polis Sekama, Kuching, Sarawak.

 

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia juga menegaskan pihaknya bimbang jenayah penculikan haiwan akan berleluasa dan boleh menular jika tiada tindakan tegas diambil pihak berkuasa.

 

Sumber: Odisi