Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia dan penuh barakah. Sepanjang bulan ini, kita semua disarankan untuk melakukan perkara baik untuk mendapat ganjaran daripada Allah swt.
Jadi, mengambil semangat bulan penuh barakah ini, SYOKCast membawakan kepada korang semua SYOK Hikmah. Kandungan SYOK Hikmah bakal membawa korang semua menyelusuri kisah-kisah para Nabi dan Sahabatnya.
SYOK Hikmah bakal membawa para pendengar untuk menhayati kisah perjuangan dan kesabaran serta kembara dakwah Nabi dan Rasul. Kisah-kisah ini disampaikan dengan penuh gaya santai serta para pendengar akan mengalami pengalaman yang mengujakan.
Diharapkan SYOK Hikmah ni boleh lah menjadi teman Ramadan korang. So, kalau korang tak tahu nak buat apa di bulan Ramadan dan musim PKP ni, buka je aplikasi SYOK dan cari SYOK HIkmah pada bahagian SYOKCast.
Kalau korang tak ada lagi, cepat download aplikasi SYOK secara percuma di Play Store dan App Store sekarang!