Konsert Super Junior World Tour- Super Show 8 : Infinite Time Di Malaysia Di Tangguhkan

konsert super junior world tour- super show 8 : infinite time di malaysia di tangguhkan

Konsert kumpulan K-Pop terkenal, Super Junior yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 1 Mac ini ditangguhkan. Perkara tersebut dimaklumkan melalui satu notis yang dikeluarkan oleh syarikat Star Planet yang menjual tiket konsert tersebut.

Penangguhan konsert ‘Super Junior World Tour- Super Show 8 : Infinite Time in Malaysia itu berikutan penularan virus novel Coronavirus. Mengikut jadual, kumpulan Super Junior akan mengadakan persembahan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Melalui notis itu, pihak syarikat berkenaan masih belum menyatakan bila konsert itu akan diadakan. Bagaimanapun, semua tiket yang dibeli masih dah dan boleh digunakan untuk waktu yang akan diumumkan kelak.

Tak apa lah! Kesihatan tu lagi penting. Lepas semua dah selesai nanti, sama-sama kita saksikan kehebatan persembahan kumpulan Super Junior.

konsert super junior world tour- super show 8 : infinite time di malaysia di tangguhkan