Kes Cecah 1k Di Negeri Sembilan, Hasil Saringan Bersasar

Peningkatan kes COVID-19 di Negeri Sembilan yang mencecah lebih 1,000 kes pada 13 Julai lalu adalah hasil daripada saringan bersasar yang dijalankan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS).

kes cecah 1k di negeri sembilan, hasil saringan bersasar

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, S. Veerapan, pihaknya menjangkakan kes COVID-19 akan terus berada dalam lingkungan 750 hingga 1,000 kes dalam tempoh tiga atau empat hari ini.

Lanjutnya, tiga kategori utama yang menyumbang kepada peningkatan kes adalah berpunca daripada kluster sedia ada, kontak rapat dan kes sporadik.

“Jangkitan wabak dalam tiga kategori ini adalah sangat ‘rampant’, sebagai contoh jangkitan COVID-19 di Nilai berikutan kes rentas negeri, kerana mereka tinggal di Nilai dan bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta masyarakat di negeri tersebut agar sentiasa peka terhadap situasi semasa dan patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

13 Julai lalu, Negeri Sembilan mencatatkan 1,033 kes baru positif COVID-19 yang mana 528 daripada jumlah terbabit merupakan kes sporadik.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN