Kekasih Pastikan Emosi Shila Amzah Tak Terganggu, “Saya Pesan Untuk Dia Sibukkan Diri..”

Kekasih kepada penyanyi popular Shila Amzah iaitu Ubai memaklumkan buat masa ini selebriti tersebut memerlukan masa untuk bertenang susulan dari isu hangat yang berlaku dalam keluarganya.

kekasih pastikan emosi shila amzah tak terganggu, “saya pesan untuk dia sibukkan diri..”

Memetik laporan dari Media Hiburan, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata Shila kini sedang bercuti untuk mengelakkan daripada terus memikirkan masalah sedia ada.

 

“Dia sekarang berada dalam fasa bertenang. Malah dia juga lapang daripada melakukan aktiviti seni setakat ini sebelum menjayakan konsert solo di Singapura selepas raya.

“Pada mulanya dia terkejut bila peminat bertanya mengenai hantaran yang dilakukan ibunya di Instagram. Seingat saya ketika itu dia sedang bersiaran secara langsung (live).

“Jadi bila keadaan itu berlaku saya nasihatkan dia untuk kurang melihat komen di media sosial memandangkan isu tersebut sudah pun tular.

“Dia cuba untuk berbuat demikian meski ada ketika lihat juga komen-komen berkaitan. Saya nasihat agar dia positif, insyaAllah ada hikmah akan datang di sebalik apa yang berlaku,” katanya.

kekasih pastikan emosi shila amzah tak terganggu, “saya pesan untuk dia sibukkan diri..”

Tambah Ubai lagi, beliau akan memastikan emosi kekasihnya itu tidak terganggu dan turut memberikan nasihat serta menjadi pendengar yang setia untuk Shila.

 

Ia memandangkan Shila mempunyai anxiety, dan Ubai berpendapat teman wanitanya itu perlu terus menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti.

kekasih pastikan emosi shila amzah tak terganggu, “saya pesan untuk dia sibukkan diri..”

“Kami maklum mengenai status hubungan di media sosial pun ada warganet yang memberi reaksi pelbagai. Kemudian timbul pula isu berkaitan dengan keluarganya pula hingga ia diperkatakan.

“Jadi untuk mengawal keadaan itu, dia banyak bertanya kepada saya. Kalau dia rasa dalam keadaan yang tak okay dia akan hubungi dan luahkan.

“Ada ketika saya bersama rakan-rakan lain akan berbuka puasa bersama dia. Kiranya kami cuba untuk buatkan dia tidak terlalu memikirkan hal yang sedang berlaku.

“Saya pesan kepadanya juga untuk sibukkan diri, isi masa dengan pelbagai aktiviti. Dia pun ada anxiety, jadi perlu untuk elakkan daripada berseorangan,” jelasnya lagi.

 

Konflik rumah tangga ibu kepada Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman timbul selepas beliau mendedahkan wajah seorang wanita di laman Instagramnya sambil menjelaskan ia adalah isteri kedua suaminya, ND Lala.

 

Sumber: Media Hiburan