Kategori 3 i-Sinar KWSP? Jangan Memandai Dan Percaya, Ada 2 Kategori Je!

kategori 3 i-sinar kwsp? jangan memandai dan percaya, ada 2 kategori je!

Hati-hati dengan penipuan yang berkaitan KWSP i-Sinar!

Memandangkan ramai yang dalam kesusahan maka akan ada mereka yang tak bertanggungjawab dan cuba untuk mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain.

Sekiranya ada pihak yang tampil kepada anda dan memberitahu ada tiga kategori permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP, jangan sesekali percaya. Jangan sebarkan juga perkara ini kerana KWSP tidak pernah mewujudkan Kategori 3 bagi permohonan i-Sinar.

Perkara tidak betul ini telah tersebar secara meluas dalam aplikasi WhatsApp, Telegram dan media sosial. KWSP telah pun menafikan perkara tersebut.

Jadi, sekiranya anda menerima sebarang tawaran daripada pihak ketiga untuk memohon pengeluaran KWSP i-Sinar dalam kategori ketiga, ketahuilah bahaa perkara tersebut adalah satu penipuan dan cubaan untuk mendapatkan maklumat anda.

Sekiranya anda tidak pasti dan ragu-ragu, terus hubungi pihak KWSP melalui hotline khas i-Sinar, 03-8922 4848.

Sumber: Instagram KWSP