Kamal Adli & Uqasha Senrose Bakal Adakan 3 Majlis Resepsi Tahun Ini

Pasangan selebriti terkenal, Kamal Adli dan Uqasha Senrose mendedahkan bahawa mereka bakal mengikat pertalian sah sebagai suami isteri sekitar pertengahan tahun ini.

kamal adli & uqasha senrose bakal adakan 3 majlis resepsi tahun ini

Namun, yang paling menarik perhatian adalah apabila pasangan tersebut berkongsi bahawa mereka akan mengadakan tiga majlis resepsi sempena menyambut penyatuan cinta antara mereka.

Salah satu daripada tiga majlis resepsi yang dimaksudkan itu termasuklah satu majlis yang bakal diadakan khusus untuk para peminat mereka.

Memilih untuk merahsiakan tarikh perkahwinan mereka, kongsi Uqasha, “Kami akan mengadakan tiga majlis resepsi. Yang pertama adalah khusus untuk ahli keluarga, kawan-kawan rapat dan rakan media terdekat.

“Kedua, kami akan menjemput rakan-rakan artis dan rakan media lain yang kami tidak dapat jemput pada majlis resepsi sebelumnya. Kami tidak boleh mengajak begitu ramai jemputan pada yang majlis resepsi pertama kerana hadnya hanya 250 orang sahaja.

“Yang ketiga, kami akan menjemput para peminat yang terdiri daripada peminat Uqasha dan Kamal untuk meraikan bersama majlis bahagia kami.”

Menurut pasangan tersebut, setakat ini persiapan perkahwinan mereka telah pun siap sebanyak 80%.

Pada Disember tahun lalu, Kamal, 35, mencuri perhatian ramai apabila dia melamar Uqasha, 29, di atas pentas Anugerah MeleTOP ERA (AME2020).

Pasangan yang mempunyai jarak umur sebanyak enam tahun itu dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta setelah digandingkan dalam dalam Setelah Terlafaznya Akad pada 2019.

 

Sumber: [1]