Kaki Pukul Takkan Pernah Berubah, Kacak Atau Tidak Jangan Dikaburi Oleh Fizikal Mereka - Shila Amzah

Menjadi mangsa hubungan toksik, penyanyi Shila Amzah akui seseorang yang panas baran dan kaki pukul tidak akan pernah berubah. 

 

“Saya sudah beritahu banyak kali, kaki pukul tidak akan pernah berubah. Sama ada wajah tampan atau tidak, jangan biarkan diri anda dikaburi dengan fizikal mereka.

 

“Terutamanya apabila anda tahu sejarah teman lelaki dengan bekas pasangan yang mana pukul dan maki merupakan makanan harian mereka, lari!” katanya dalam Instagram.

 

Dalam pada itu, Shila juga berpendapat seseorang yang suka mendera pandai bermain dengan kata-kata maaf.  

 

“Sesetengah orang akan kekalkan hubungan dengan pendera sebab selalu ingat tiada jalan keluar.

 

“Pendera pandai, dia akan buat anda buang semua kawan seterusnya bergantung 100 peratus kepadanya.

 

“Kemudian, kononnya apabila sedar perbuatannya itu salah, dia akan melutut minta maaf kepada awak, menangis seperti dalam filem hindustan,” tambahnya.

 

Sumber: Kosmo