“Maaf, Beri Beri Saya Ruang Ya” - Kaka Azraff Enggan Ulas Mengenai Perceraian

Penyanyi Kaka Azraff yang dikatakan telah bercerai talak satu, masih belum sedia memberikan sebarang penjelasan mengenai berita ini. 

 

“Salam. Maaf, beri Kaka ruang ya,” katanya.  

 

Pengesahan lafaz cerai yang difahamkan dilakukan secara ekspres itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. 

 

Menurut sumber, Kaka dilihat telah hadir ke mahkamah dan mereka dikatakan berpisah secara baik dan bersepakat dalam hal penjagaan tiga anak mereka.

 

Sumber: Kosmo