Respon Jihan Muse Bila Elly Mazlein Galas Tanggungjawab Jadi Pengacara GegarVaganza

Umum sedia maklum GegarVaganza Musim ke-9 (GV9) kali ini dikendalikan oleh Nabil Ahmad bersama-sama Elly Mazlein yang menggantikan Jihan Muse buat sementara waktu.

respon jihan muse bila elly mazlein galas tanggungjawab jadi pengacara gegarvaganza

Jihan Muse, 39, mengambil keputusan untuk berehat sementara dari sebarang aktiviti seni kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan anak keduanya yang baru dilahirkan pada 6 September lalu.

 

Perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan yang dinaungi Jihan iaitu Laugh Out Loud Entertainment bagi memberi ruang kepada Jihan untuk berehat seketika.

 

"Perkara utama yang Jihan buat adalah keputusan untuk dia tidak bersama-sama dalam program Gegar Vaganza 9 (GV9) kerana dirinya yang masih sarat mengandung pada minggu pertama pentas saingan bermula, sekali gus menunggu masa kelahiran anak keduanya.

"Buat masa sekarang, Jihan masih berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak kedua yang baru lahir. Termasuk, dia juga masih dalam tempoh berpantang ketika ini," katanya.

 

Jihan dalam pada lain berpendapat Elly Mazlein berjaya menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan masih mengekalkan kemeriahan GV9 dengan caranya tersendiri.

respon jihan muse bila elly mazlein galas tanggungjawab jadi pengacara gegarvaganza

"Kak Lina berjaya meletakkan GV9 sebagai program tv yang sentiasa 'trending' (sohor kini) di semua platform media sosial. Jihan amat bersyukur kerana penerimaan penonton masih lagi tinggi pada tahun ini malah makin meningkat," katanya.

 

Sumber: HMetro