Jangan Asyik Salahkan ‘Penyondol’, Suami Tu Pun Sama - Che Ta

Pelakon jelita Rozita Che Wan berang dengan sikap segelintir kaum wanita yang hanya menyalahkan orang ketiga atau penyondol setiap kali terjadinya masalah kecurangan dalam rumah tangga. Bagi dirinya, Che Ta percaya bahawa golongan suami juga turut bersalah dalam hal ini.

Menurutnya, hubungan sulit dan rasa sayang ini tidak akan terjadi jika kedua-dua pihak tidak memainkan peranan masing-masing. 

“Saya tidak suka apabila lelaki ada hubungan dengan wanita lain, si isteri pula salahkan perempuan itu.

“Dalam hal ini, kedua-duanya salah. Suami mereka tidaklah baik sangat tetapi kenapa perlu terlalu marah kepada wanita tersebut?” katanya.

Dia juga menegas yang dia tidak akan berkompromi jika suaminya juga turut tertabit dalam hal ini. 

“Kalau suami saya ada hubungan, saya tumbuk muka dia, bukannya tarik tudung perempuan itu.

“Suami yang gatal sebab jika kedua-duanya tidak sama naik, hubungan tersebut tidak akan menjadi.

“Jadi, kalau suami saya diganggu, saya akan marah Zain semula, bukannya naik hantu dengan perempuan itu,” tambahnya lagi.

 

Sumber: Kosmo