Jangan Gaduh-Gaduh, Sabar Dalam Berniaga..

Tak syok kan bila kita dengar cerita pasal orang gaduh-gaduh, bertengkar, bertikam lidah. 

Puncanya kadang-kadang melibatkan hal yang remeh dan tak sepatutnya digaduhkan. 

jangan gaduh-gaduh, sabar dalam berniaga..

Baru-baru ni viral kes pemilik kedai asam pedas di Melaka didakwa beri layanan buruk terhadap pelanggannya. 

Kalau tengok video yang viral tu, ada la jugak tinggi-tinggi suara antara pelanggan dengan pemilik kedai dan orang sekeliling pun nampak tak selesa dengan situasi yang berlaku. 

Kalau ikut cerita si pelanggan, mereka datang untuk makan tengah hari di situ dan ada bertanya tentang lauk yang dah nak habis masa tu. 

Tapi pemilik kedai balas dengan kata-kata dan nada yang tak sepatutnya dan dari situ berlakulah pertikaman lidah. 

jangan gaduh-gaduh, sabar dalam berniaga.. 

Kalau ikut cerita tuan kedai pula, si pelanggan order air lemon dan tak puas hati dengan air yang diterima. 

Pemilik kedai cakap dia tak marah pelanggan tu tapi dia sebenarnya tegur anaknya yang sepatutnya tutup kedai dah masa tu sebab makanan dah nak habis. 

Masing-masing emosi tak stabil maka terjadilah pergaduhan. 

Tapi tuan kedai baru-baru ni dah minta maaf dengan pelanggan tu dan akui mereka tak boleh nak kawal emosi. 

Insiden ni dapat perhatian Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid yang nasihatkan peniaga untuk jalan perniagaan dengn beretika dan tolak ansur. 

jangan gaduh-gaduh, sabar dalam berniaga..

Katanya, semua orang dalam keadaan tertekan disebabkan macam-macam faktor antaranya kos sara hidup yang tinggi ketika ini. 

Tapi, kita tak boleh jadikan perkara tu sebagai alasan untuk kita jadi manusia yang tidak beradab. 

Sebagai pelanggan pun, memang ada istilah “customer is always right” tapi, tak semestinya sepanjang masa kita saja yang betul. 

Jadilah manusia beradab tidak kira apa pangkat kita, di mana kita berada dan dalam situasi apa sekalipun.  

Tak rugi jadi manusia yang berbudi bahasa. 

Budi bahasa kan budaya kita. 

 

Oleh Izzati Amir