Raja pop legenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, memberi peluang kepada peminat untuk mencadangkan nama sesuai buat anak keempatnya nanti.
Anak keempat bersama isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, dijangka akan lahir pada 23 Mac depan.
Menurut beliau, jika peminat atau pengikut media sosialnya ada cadangan nama yang sesuai untuk bayi perempuannya itu nanti, boleh tinggalkan pada ruangan komen di Instagram.
"Kalau peminat atau pengikut di laman sosial saya ada nama sesuai dengan maksud yang baik dan indah untuk bayi perempuan kami ini, boleh tinggalkan komen di laman Instagram saya dan isteri.
"Kami masih mencari nama yang sesuai lagi dan isteri pula hanya serahkan pada saya untuk memilihnya," katanya.
Katanya lagi, kelahiran bayi perempuan itu amat dinantikan, sekaligus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga beliau.
Terdahulu, Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017, dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani atau Zack,2; dan Isksndar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal juga memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 16.
Sumber: HMetro