Haritu Isteri Harris Annuar Mengidam Bau Simen, Kali Ini Dia Nak Makan Sabun Pula

Isteri kepada pelakon, Harris Annuar sebelum ini telah menarik perhatian ramai gara-gara tindakannya mengidam untuk bau simen.

harris annuar kongsi video isteri mengidam bau simen

Isterinya, Asha Merican yang kini hamil cahaya mata pertama berdepan detik mengidam yang agak aneh dan kini beliau dikatakan mengidam untuk makan sabun.

haritu isteri harris annuar mengidam bau simen, kali ini dia nak makan sabun pula

Harris bagaimanapun melahirkan rasa lega apabila isterinya tidak menelan sabun tersebut sebaliknya hanya menjilat sedikit sebelum meludahkannya kembali.

 

“Haaa sudah mengidam level apa pulak ni? Nak halang pun tak boleh dia dah buat dulu. Nasib baik dia ludah balik.

“Lepas mandi dia datang, dia cakap dia jilat sikit lepas tu ludah dan kumur balik. Tak sempat telan pun, nasib baik,” tulis Harris dalam satu hantaran di Instagram.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

 

Dalam video itu kedengaran juga suara Asha yang menyuruh suaminya untuk bau lidahnya.

 

Hantaran itu mencuri perhatian ramai termasuklah rakan selebriti yang rata-ratanya terhibur dengan aksi mereka suami isteri.

haritu isteri harris annuar mengidam bau simen, kali ini dia nak makan sabun pula

Terdahulu, Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun bercinta. Kini Asha sudahpun hamil anak pertama mereka, namun mereka merahsiakan usia kandungan daripada umum.

 

Sumber: Instagram Harris Annuar