Isteri Hafidz Roshdi Akui Kini Sedang Hamil, “Saya Betul-Betul Takut ..”

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mendedahkan beliau kini sedang hamil dan usia kandungannya sudah memasuki 10 minggu.

isteri hafidz roshdi akui kini sedang hamil, “saya betul-betul takut ..”

Menurut Shuhada, beliau kini harus kuat berjuang walau berdepan pelbagai dugaan dan cabaran.

 

"Saya dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dihadapi sekarang. Saya kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk anak dalam kandungan.

"Saya tidak boleh mengambil ubat hospital bagi menangani tekanan yang dialami kerana halangan terbesar ketika ini adalah kandungan masih awal. Saya takut ia akan memberi kesan kepada bayi masih dalam kandungan. Sekarang saya kena kuat berjuang tanpa ubat," katanya dalam satu hantaran di Instagram.

 

Ujar Shuhada lagi, dia pengsan ketika melakukan pemeriksaan di hospital kerana keadaan badannya yang lemah. Ia membuatkannya berasa bimbang jika masalah tekanan yang dihadapi akan memberi kesan kepada anak-anak.

 

"Di hospital saya jatuh pengsan. Doktor minta saya berbuka puasa kerana bimbang membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tak henti mengalir.

"Saya betul-betul takut. Saya tanya pada diri sendiri adakah mampu menghadapi ini. Saya mahu terus kuat untuk anak-anak. Saya mahu melihat anak-anak membesar depan mata," katanya.

 

 

Terdahulu, pasangan Nurul Shuhada dan Hafidz berdepan konflik rumah tangga selepas suaminya pernah melafazkan cerai menerusi WhatsApp dan panggilan telefon pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.

 

Sumber: Instagram