Isteri kepada pelakon terkenal, Aaron Aziz baru-baru ini dikabarkan terlibat dalam kemalangan kereta.
Menurut perkongsian yang di buat oleh Aaron aziz di lama akaun instagram miliknya, selepas sahaja dia baru bangun dari tidur, dia telah menerima mesej daripada isterinya yang mengatakn dia terlibat dalam kemalangan. Tidak senang hati dengan berita berkenaan, Aaron meminta isterinya untuk terus pergi ke Hospital.
“Saya terus suruh dia ke Hospital Prince Court sebab dia sakit belakang, dari leher sampai pinggang. Doktor suruh pantau dan rehat 48 jam”, katanya.
Walau bagaimanapun, mujur isteri tercintanya itu tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk dan telah menerima rawatan di Hospital Prince Court.
“Rest k Dar. Bukan ke sana sini, faham. Dia ni kalau tak sakit, memang ligat. Kalau tak kerja ada aje activity dia. So kita tengok dia boleh duduk diam tak”, tambah Aaron Aziz lagi.
Sumber: Instagram @aarondwiaziz