Ira kazar akui sudah lali dengan kecaman netizen terhadap dirinya, namun dia terkilan selepas kemarahan mereka beralih kepada bapanya yang juga pelakon Kazaruddin Saisi.
“Saya tak kisah orang nak cakap apa fasal saya tapi bila orang kutuk ayah, memang saya sangat terkesan. Sedih tapi alhamdulillah ayah pun sekarang dah okey.
“Hakikatnya, saya dah biasa kena kecam. Saya tak kisah. Sebenarnya kecaman perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada dalam media sosial.
“Terpulanglah apa orang nak cakap sebab mereka tak tahu perkara sebenar,” katanya.
Sumber: Kosmo