Baru-baru ini, timbul dakwaan kononnya suami kepada pelakon Intan Najuwa iaitu Ahmad Asraf Azman, menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu.
Pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, bagaimanapun enggan mengambil pusing dakwaan berkenaan dan tidak kisah dengan gelaran mahupun pangkat kerana ia tidak memberi apa-apa kepadanya.
“Saya tak pernah pertikaikan. ‘It just a title’.
“Suami pun tahu saya memang tidak kisah mengenai perkara itu. Orang nak cakap apa, cakap sahajalah, tetapi kita sendiri tahu dan diam.
“Kalau saya buat apa pun, mereka (netizen) sentiasa bercakap. Saya tiada nak buktikan apa-apa, tak mahu pertikaikan apa-apa. Siapa yang tahu, tahulah. Kita letak tepilah. Ia cuma gelaran, tak membawa apa-apa pun.
“Saya juga menjalani kehidupan macam orang biasa dengan suami. Jadi, kami hanya perlukan doa yang baik-baik daripada semua,” katanya.
Tambah Intan, beliau lebih selesa mendiamkan diri berkenaan isu ini kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya sebenarnya tak mahu membalas ciapan tersebut, tak mahu keruhkan keadaan. Kalau saya balas, perkara ini akan jadi isu besar.
“Saya akan lebih memilih untuk berdiam, kalau benda itu betul, betul, kalau salah, salah.
“Ada juga komen-komen yang keterlaluan, tetapi saya cuma anggap mungkin si penulis tengah mengalami mood yang tidak baik pada hari itu. Saya husnuzon sajalah,” ujarnya.
Untuk info, Intan telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan itu pada 24 Ogos lalu dengan mas kahwin RM20,000 dan hantaran RM222,000.
Sumber: Murai.my