Intan Najuwa Enggan Digelar Datin Walau Kahwin Lelaki Pangkat Datuk

Pelakon, Intan Najuwa akui berasa kekok apabila orang ramai mula memanggilnya dengan gelaran Datin selepas beliau mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan berstatus Datuk.

intan najuwa enggan digelar datin walau kahwin lelaki pangkat datuk

Menurut Intan beliau lebih selesa jika dirinya tidak dipanggil Datin, namun tidak kisah jika orang ramai mahu memanggilnya dengan gelaran tersebut.

 

“Intan sahaja, tak payah panggil Datin. Saya agak canggung bila orang sudah panggil saya Datin. Saya masih Intan seperti sebelum ini yang ramai kenal.

“Saya fikir orang perlu kekal panggil Intan. Tak payah sapa Datin sebab tidak memberi apa-apa kelebihan kepada saya.

“Saya okay kalau orang tidak sapa saya Datin. Saya tak kisah pun gelaran itu, panggil sahaja Intan.

“Kawan-kawan pun, saya marah, apabila mereka sapa Datin, saya kata panggil sahaja Intan,” kata pelakon berusia 26 tahun itu.

intan najuwa enggan digelar datin walau kahwin lelaki pangkat datuk

Terdahulu, pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid ini selamat bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Azraf, seorang ahli perniagaan, dalam satu majlis tertutup di Desaru Coast, Kota Tinggi, Johor.

 

Pada majlis itu, Intan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 dan wang hantaran bernilai RM222,000.

 

Sumber: BH