Pelakon Datin Intan Najuwa berang terhadap segelintir netizen yang mempersoalkan kebersihan barangan bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Menurutnya, sebagai seorang ibu yang bakal menerima bayi tidak lama lagi semestinya dia sudah memastikan semua pakaian dan keperluan bayinya dibersihkan sepenuhnya sebelum digunakan.
“Baju bayi semua saya sudah hantar ‘dry clean’, cuci bersih-sebersihnya. Kalau nampak tanda harga, itu sebab sesetengah tempat cuci akan tanggalkan dan pasang semula selepas mencuci.
“Saya juga sudah asingkan pakaian untuk usia tiga hingga enam bulan, kerana baju itu belum akan digunakan sekarang.
“Sebenarnya saya tidak perlu beri penjelasan panjang lebar tetapi ada sahaja antara kalian yang cakap itu ini, melampau!” ujarnya menerusi hantaran Instagram Story.
Sumber: Kosmo