Pelakon, Puteri Balqis telah meluahkan rasa kurang senangnya terhadap seseorang yang dipercayai pelakon muda.
Menurut pemilik nama sebenar Puteri Balqis Azizi, individu yang disebutnya itu berusia 14 tahun dan sering membanding-bandingkan kecantikkan dirinya dengan orang lain.
“Kau baru berusia 14 tahun. Tak banyak beza pun dengan aku tapi cringe (janggal) kau mengalahkan orang tua.
“Habis semua orang kau nak perli dalam video kau, dengan aku yang tak bersalah pun kau nak perli. Nak bandingkan dengan kecantikan kau.
“Video tayang punggung hari-hari tapi berlakon satu hapah anugerah pun tiada (tidak pernah menang anugerah). Tolonglah jangan bagi aku satu set (berlakon) dengan dia,” coretnya menerusi InstaStory.
Tambah Balqis lagi, pelakon tersebut juga kerap menayang teman lelakinya di media sosial.
“Tak sanggup tengok dia flip hair (libas rambut) 20 kali seminit.
“Bangga dengan teman lelaki yang muka tak semenggah itu. Jangan babitkan aku sebab ubat depresi juga hampir habis,” katanya lagi.
Tidak dapat dipastikan kata-kata Balqis ini ditujukan kepada siapa, namun warganet mula berspekulasi pelakon yang dimaksudkan itu adalah pelakon muda bernama Nur Qistina Raisah.
Baca juga: Pelakon Cilik Qistina Raisah Dikecam Netizen ‘Try Hard’ Jadi Dewasa
Baca lagi: Penampilan Tak Sesuai Dengan Usia 14 Tahun, Qistina Raisah Dah Sedia Kena Kecam Cuma..
Sumber: Instagram Puteri Balqis